ana

 
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
keeeee
Sunday, May 22, 2005
asssalamualaikum wrth,

ari ni ana keje training under bdk kecik nakal nih... hehe.. blaja cara bukak kedai dn siap2 arrange brg2 tuk displaykan spt tudung, baju, brooch etc. selain tu ana pon kena memerah otak igt semo harga dn nama jenis2 tudung dan baju kurta. kedai dah pon siap tapi ana dan adek ana lapar sgt..lom lagi breakfeast. mak ana dah siapkan kite bekalan. ade air, nasi dan mee bungkus tuk kite. thnx mak... ade kustomer dtg. ct dgn muka monyok, dia suroh ana layan pelanggan. oklah2, ana cuba. ana trlupa harga kurta tu..igtkan $28 tapi $29?? lupa lak.. haha masa tuk ana gi ke kelas.. ana kuar LOT1 kire2 kul 1.40pm. kuar jek.. hujan lebat.. kalau dlm shopping ctr tk igt cuaca kt luar atau pon dah pagi ke tau mlm.

top-up ez kad ana dulu. mesin tu tk mkn duit ana. dah kasi 'iron' duit tu msh tk nk makan. 2 mesin lak tu.. fed-up gi kounter top-up. smp kelas.. ana was the first there.switch on all lampu dn kipas.. panasss!!!! remote ctrl aircon tkde.. haizz.. den, pkck2 aru dtg.. ustdz agak trperanjat ana dtg dulu. "sy tk nmpk suhana tadi... bile smp?" ana jwb " 5 mins" sbenarnyer 10 min.. hehe.. ustd nk recap on tajwid yg tlh kite blaja.. oohh..yesh.. nasib baik dlm mrt ana buat last min revision.. ustd tanyer soalan.. ana diam2 dulu.. kasi pkck2 cuba jwb.. kalau dah lama diam.. terpkse ana kasi jwp. masuk waktu asar..

ana tk solat. 2nd floor tkde org... ana letak beg dulu dlm kelas on aircon.. pastu kat 2nd floor mereka letak notice board. mata ana terbeliak.. betul ke tu??? dlm advertisement psl tahfiz... ade muka yg terkenal..sape lagi taufiq ah.. eh, bkn batisah tau.. tkde org pon..jdi ana tgk kat bwh laki solat.. saf pertama ustd dan pkck2 yg ana kenal.. kalau nk tahu, setiap solat asar dan maghrib anak2 yatim muhammadiyah (kaum adam) akn solat dlm mejed. sebelah mejed ade muhammadiyah.... kdg2 dlm kelas arab, ana ternmpk dr tingkap bdk2 dlm hostel mereka. ade satu kali ni, bdk ni kai tuala jek.. tuala pink lak tu.. haha.. agaknyer tk sedar bdk tuh..

sprt biase cik rogaiyah dtg dulu pastu cik ton(zaiton), cik mashita dan satu mkcik ana lupa nama dia. cik mashita kdg2 bwk gula. dia pass2 gula tuh.. sdg kite berbual2.. tibe2 cik fatimah dtg.. dah 3 minggu dia tk dtg... dia citekan, byk2 hal on sat.. kelas pon start. ari ni kite buat doa tu cik ton. b'day die!!!! hehe.. cikton bwk jamuan tuk kite semo. maghrib pon menjelang. ana tlg cikton bwk makanan dr keretanyer. ana mkn dulu while they solat. sedapnyerrr... pas solat jek, cik mashita tiba2 tanyer keraguannyer pasal kelas tdi. ana pon tk trpikir tdi.. mkck mashita senang tangkap pelajaran. mkck2 pack home the food. ana tanyer cik ton " cik ton tinggal mana?" " sy tinggal j.west" oooo... rupanyer bkn ana sorang yg tinggal di barat. cik ton gave me a ride home.. cik mashita dan 1 mkcik ni kite naik kereta cik ton. sebelah kereta cik ton tuh, kereta for the pakcikssss... ustd pon ade kat situ, jdi cik mashita tanyer kemusykilan dia. haizzz.. kecoh tul ah... sng jek.. ustd ckp " Yg awk tanyer tuh... lom kite blaja. ade 6 bhg tuk fi'il mudhori' " cik mashita dah dpt jwp dia..aaahhh.. baru leh kite chow dr sane..

cik mashita dan mkcik nih dah smp tmpt mereka. ana dok depan. cik ton yg byk mula perbualan. tk sepilah dlm kereta tuh.. tk sangka yg cin ton nih masih single. dia keje canteen stall holder di S'pore Poly. patutlah, makanan cik ton sedap2. she drop me at lakeside mrt. cpt ana smp LOT1. ana tlg tutop kedai.. reach home at last!!!!!!! alhamdullilah....
posted by Mutmainnah @ 10:55 AM   0 comments
Sulaiman & Ratu Balqis
Tuesday, May 17, 2005
assalamualaikum wrth,
berkongsi bersama ttg kisah dibwh ni. lagu lirik Balqis ade 1 kesalahan. sebenarnyer, bknlah ifrit yg memindah dan menangkant istana balqis. ia sebenarnya adalah Ashaf bin Burkhaya adalah hamba Allah yang mukhlis.

Sulaiman dan Ratu Balqis

Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan dan uzur yang nyata.

Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan::
"Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan laknatullah dari jalan yang lurus dan benar."

Berkata Sulaiman kepada Hud-hud:
"Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."

Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi:
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."

Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu. Berkatalah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya:
"Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi pertimbangan atau nasihat kepadamu. Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu."

Ratu Balqis menjawab:
"Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahawa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian. Menurut pertimbanganku, lebih bijaksana bila kita menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kita menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kita berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka nescaya akan berakibat kerosakan dan kehancuran yang sangat menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kita. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa. Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan cuba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.

Selagi Ratu Balgis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawapan atas surat beliau kepadanya. Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata perutusan Balqis bila mereka tiba.

Tatkala perutusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman:
"Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah s.w.t. telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang daripada makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak sahaja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dipujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikutnya dari negerinya sebagai orang-orang yang hina dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku."

Perutusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahawa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.

Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik:
"Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai."

Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah pula berkata:
"Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu ."

Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia:
"Ini adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas kurnia-Nya itu atau mengingkari-Nya, kerana barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan kurnia Allah s.w.t., ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya:
"Serupa inikah tahtamu?"
Balqis menjawab:
"Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri," seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.

Selagi Balqis berada dalam keadaan kacau fikiran, kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih. Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya. Berkata Nabi Sulaiman kepadanya:
"Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini."

"Oh, Tuhanku," Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, "aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan kurnia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang."

Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya kahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.
posted by Mutmainnah @ 1:26 PM   0 comments
bermlm di umah shbt karib ku
Friday, May 13, 2005
assalamualaikum wrth pd pembaca blog ana. hrp2 saudara-saudari ana sehat sejahtera dn smg perhubungan ukuhwah ni dirahmati Allah. amiiiinnn. ari ni ana bermlm di umah shbt karibz ana, iaitu sHa. ana dah lama anggap umah ni sbg umah ana sendiri. dn keluarga sHa adalah keluarga angkat ana sendiri. jdi, best tido di sini. winky!!!! kucing mereka yg paling comel tapi malasss..haha. kat sini..relak2..haha. yg paling best buat lawak2 dgn chatters. ade2 aje ana nih. perabot letak meja dah sampaiii..tambah cantik living rm mereka. sofa baru mereka lom tiba lagik. klau dah complete.. wa..lawa lawa lawa.. hiasan bunga2 mengindahkan lagi tmpt tamu. sHa, ambek gmbr living rm klau semo dah diatur. ana dpt 2 panggilan dr company. ana igtkan, dpt keje admin tapi sedihnyer, bile mereka compem ngan umo ana mereka tk jdi ambek ana. tkpelah, ari ni bkn rezeki ana. harus usaha lagik. ok tat's all.. see you again.. :)
posted by Mutmainnah @ 5:26 PM   0 comments
jln2
Monday, May 09, 2005
4 org termasok ana skali gi ke IMM نركب سيّارة .ana لمّا siap lg. cpt2 ana kai tudung dan stokin, ambek duit dan hp. terus lincah gi bwh... panas في سيّارة sbb cuaca panas. sha يخاف sgt hump kat road..huhu.. cari kosong carpark.. aduii..mana nih.. pusing2 buat ana pening. at last... tingkat 5 aru ade. ننظر directory,دور ٣ ade kedai langsir, sha lak يريد المعب ... huhu. kedai tu tkde jual rod langsir. ننزل تحت ke Giant. kat situ aru jumpa rod langsir. ana biarkan mhd nur dn sHa فكر . sementara ana dan felicia, window shopping while having a chat. pastu mereka pilih langsir yg sesuai tuk living room. perabotجديد, langsir pon nk جديد. pilih punya la lama.. aii..cpt laa. kite sgt جوع nih. pas byr, yeah dpt mkn. ERK! الحمد لله ... sebelom نخرج , kite drive ke tingkat 5 sbb atas ade open air carpark. haha.. syioknyerrrr!!!! freash air! nice view! ape lagi, kite berposing ambek gmbr. haha! ok, dah cukup! balik2! jgn nak merayap2 lagik. they send me home 1st. ﺍﺮﻜﺷ ajak ana skali ﻊﻣ korang. :)


posted by Mutmainnah @ 6:55 PM   0 comments
di sini....
Friday, May 06, 2005
masih kat sini... kat umah sHa... da brape lama seh ana kat sini.. mcm da pindah umah gitu. 1st 3days kemas2 lain ari lepak makan dan tido... huhu.. da tgk blog kite? ari selesa lepas, sHa ngan ana tgh bz..betul2 bz. bz make-over blog kite. kire2 kul 1 pagi 3/4 hampir siap. masih tk satisfied. BIG transformation frm our previous blog. woooowwww!!! mana laaaa lagu setanggi syurga ana nih?? ana da tukar lagu tapi masih lagu ngaji tu. terpaksa laaahh cari frm other source. tk sabar ari 11/05, tis wednesday. ari yg dinanti-nantikan. ari da lama kite mengharapkan dr dulu tapi..asyik tk kesempatan. hrp2 plan kali ni tk tergendala lah. sHa, yAk see ya on wed. hehehe... mesti BeSt!!!! ok tu aje, tata! adiosss...
posted by Mutmainnah @ 1:09 PM   0 comments
About Me

Name: Mutmainnah
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© ana Template by Isnaini Dot Com