ana

 
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
org mukmin: hidup dgn penuh cobaan
Saturday, July 23, 2005
ORANG MUKMIN : HIDUP DENGAN PENUH CUBAAN



Terdapat riwayat yang shahih bahawa Rasulullah Shallallahu AlaihiWasallam bersabda; ertinya :

" Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan ( penuh cubaan ), Tawwab ( senang bertaubat ), dan Nassaa' ( suka lupa ), ( tetapi ) apabila diingatkan ia segera ingat. "

Silsilah Hadith Shahih No. 2276



Hadith ini merupakan hadith yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin,sifat-sifat yang senantiasa melekat dan menyatu dengan diri mereka,tiada pernah lepas hingga seolah-olah pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terpisah dari mereka.



Mufattan Ertinya : Orang yang diuji ( diberi cubaan ) dan banyak ditimpa fitnah.

Maksudnya : ( orang mukmin ) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah dengan bala ( bencana dan dosa-dosa ).
Faid-Qadir 5/491

Dalam perkara ini, fitnah ( cubaan ) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan Allah Subhanahu Wa Taala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa Maha Kuat dan MahaPerkasanya Allah, Rabbnya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim,sesungguhnya Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ertinya :



" Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin, kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali.Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun hingga ( ketika ) tumbang, tumbangnya sekaligus. "

HR Bukhari & Muslim



Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar,dengan tauhidnya yang bersih dan dengan sikap iltizam ( commitment )nya yang sungguh-sungguh.



Tawaab Nasiyy Ertinya : Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat.Faid-Al Qadir 5/491.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu Wa Taala, iaitu sifat yang terkandung dalam namaNya :Al-Ghaffar ( Zat yang Maha Pengampun ). Allah Subhanahu Wa Taalaberfirman; ertinya :




" Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. "Q.S Taha : 82



Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat.
Ertinya : Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak sombong, tidak besar kepala,tidak bongkak dan tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada sahabat-sahabatnya dan ramahtamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan Ahlul Haq (pengikut kebenaran ) dan jalannya kaum mukminin yang sholihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur,sedangkan terhadap orang lain ia berperasaan lembut dan berakhlakmulia, bersuri tauladan kepada insan tauladan paling sempurna iaituRasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, yang telah diberi wasiat olehRabbnya dengan firmanNya yang ertinya :



" Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepadamereka ( sahabat-sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-halkeduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudahbermesyuarat, untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah,sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "Q.S Aali Imran : 159



Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

Wallahua'lam Bisshawab
posted by Mutmainnah @ 10:28 PM   0 comments
suara ku berkumandang hahahaha
Sunday, July 17, 2005
Assalamualaikum wrth, Alhamdullilahx3

before goin 2 school, i stop by at Lot1 Popular & bought myself a mechanical pencil. since i ended my o levels, i don't keep any stationery. hehe.. my sibilings who is kindhearted enough, lend me theirs. eventhough i bought 1 item, but the queue was damn longgggg... while i was on the way to cck mrt.. suddenly this weird person bump into me. my heart skip a beat. phewww... it's jus kak ika with abg azmi. jus saying hi. then, i top-up ticket and my hp. late again..... can't get a seat 4 myself in mrt. alhamd reached there & class haven't started yet. solat 1st and rushed to 3rd floor. today, onli qiraah, nvr touch on fiqh. :( because ustdz radshid teach us how to azan. our dear cik din, azan for asar last week, but some improvement need to be made. cik din practice azan in class 4 ustdz to point out his mistakes. insyaAllah cik din able to azan like in mekah. masyaAllah... proud of him! spring takbir!

aaaahhhhh!!!!!!!! feel so maluuuu!!!!!!!!
well, better not say it out for the whole word to know. haha
ustdz: abg2, hari ni kena blanja ana minum air sbb ari ni dia byk kuarkan suara. (e whole class laugh)
no where to look but on the floor. shy2 cat leerrr.. nahu arab has started! well.. still in basic but love it! among all ustdz's students cik din is the funniest. suasana lbh meriah leerrr.. ok tat's all! ilaliqo' insyaAllah.. meet u guys again. amin.
posted by Mutmainnah @ 12:47 PM   0 comments
musim durian
Sunday, July 10, 2005
Assalamualaikum, alhamdullilah..

3 hari berturut-turut dpt mkn durian.. haha.. sedap ah.. tapi maintain badan dulu. past few days, dpt tido mlm di umah kwn rpt sy. my 2nd home gitu. kat sane tumpang tgk vcd ceramah. ceremahnyer tk membosankan sbb ustd tu suka selit2kan lagu tambah dgn lawaknyer. dpt ana exchange vcd dgn kwn ana tu. balik umah terus main vcd yg bertajuk 'Jiran' tgk bersama dgn my 2 sis.

gi kelas kali ni mcm buat senaman gitu. naik turun byk kali. penat nyerrr.. minggu lepas kelas tukar ke tingkat 4. naik tangga mula buat ana tercungap-cungap. bila ana nak bukak pintu, lock pulak!! kelas dah start ni.. ish.. turun balik ke tingkat 3(dulu kelas kite). ana cuba jenguk2 sikit. aik! bkn pulak..kelas lain. jadi turuntingkat 2. tunggu sementara di tmpt solat wanita. sementara tunggu tu, tgh terpikir2 ade kelas ke tk? nak turun bwh cari ustd tapi ana sorang pompuan lak! kalau ade kwn kan bagus. naik tingkat 4 lagi skali.. masih lock.. ana bukak mcm nk roboh pintu gitu. turun tingkat 2. ade org pompuan dok situ jugak.. dia tgk2 kan ana je.. malunyer...!! bukak kipas kuat2 sbb panas beb!! berpeluh-peluh. ana kena buat sesuatu tkkan nk tunggu2 situ aje. nk cuba call umah ustd... tapi dulu istrinyer pernah kasi hp no ustd. ana tk save. kalau talipon umah dia nanti kacau lak. ana pernah sms hp lama ustd rashid tapi org tu ade kasi no hpnyer. haizz.. terdelete sms tu. alamakkkk!!!! pikiran terbuntu tk tau nk buat ape! igtkan nak gi opis.. tapi takkan ana sorange je.. tapi.. kena berani diri.. bila hati ana nk gerak pergi opis tu, tiba2 ade call dr hp ana. call dr umah.. adek ana yg call. dia ckp.. tadi ustd call umah ana. suruh ana gi tingkat3.

cpt2 gi kelas.. while i was holding the door handle.. i breathe in and out. make myself calm down 1st. creaakkk..... terus masok, tunduk pale jeee.. hehe.. paisey2. perut tgh lapar. tk mkn nasi goreng kat umah. hmm.. tahan2.. jgn igt sal makanan. kali ni dlm kelas arab.. pompuan lbh byk. ana tgh pikir.. mana lak pkck semo.. tadi1st kelas mereka ade. den, ana dpt tahu semo geng ade hal.. haha! tapi ade 4 laki gak ah.. at least 2 of them able to follow e lessons. ari ni ade rezeki! ck ton bwk jamuan utk kite. hehe.. dptlah isi perut ana ni. ok tat's all! see u guys nxt time! tk cr!
posted by Mutmainnah @ 2:06 PM   0 comments
About Me

Name: Mutmainnah
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© ana Template by Isnaini Dot Com